Monday 26 November 2012

lahir di mana, tarikhnya bila and bla bla bla.....

Saya Hamidah di lahirkan di Hospital Bukit Mertajam, Pulau Pinang oleh mama saya yang bernama Marziyah yang berasal dari Kedah, Malaysia... Abah saya asalnya dari P.p.

Saya menetap di Taman Selasih,Kulim, Kedah selepas dilahirkan pada 14 Disember tahun 1991... Merupakan anak sulung daripada 6 adik beradik (buat masa sekarang la), diasuh oleh mama, abah dan nani (nenek) saya..

Bertadika di mana pun xingat la, tapi tau la tu tadika cina. kecik2 leh la ckap mandarin and tamil, tapi bila dah masuk SK taman selasih, dah tak reti nak cakap Mandarin + Tamil. Boleh speak Malay je la time sek rndah tu.

Abis je UPSR, sya melangkah ke SM agama Jelutong. Form 2, berpindah balik ke SMK taman Selasih atas faktor, ada gangguan sumting kat situ (nampak sgt penakut kan...)
Saya meneruskan perjuangan sehingga SPM.. Dan bertekad untuk ke Matrikulasi..
Alhamdulillah, akhirnya Allah mengizinkan hambaNya yang kerdil ini untuk melangkah dan meneruskan perjuangan di situ...

Perjuanganku bukan setakat di situ.. dengan azam dan cita2 yang melambung tinggi, ku teruskan lagi dengan meneruskan langkah2 kecil ini ke UPSI..
Dengan harapan, dapat menggenggam segulung Ijazah...

hahahaaha... setakat ni je lah..TAPI PERJUANGAN hamidah Masih Belum Selesai...
ada lagi nanti.. ^_^

Pengembaraan ke Muzium roti!

Bertarikh 24/11/2012 baru2 ni, pegi  museum ....(rahsia) tu..kat shah alam, seksyen 21..
First time kami pi shah alam tu.. jauh la gak,,..
Dari TM ---> rawang ---> KL sentral ---> batu 3.. kami trun kat batu 3 tu sbb dekat ckit ngn muzium tu... sebelum tu, apa lagi..singgah Giant dlu la.. pi makan2 lu..

Dalam 1.30 tghari kami dah sampai kat kwasan tu... Mmg cantik la tmpat dia..ngan tema EGYPT lgi tu.. heeeee... ^_^
saja la sampai awai ckit.. temu janji yg dibuat pkul 2 sbenaqnya..
hemmm... tiba2 sedih plak sbb kami kena masuk sesi bhsa Mandarin.. :'(
kena buat2 pham la.. nasib la dia translate jugak.. pas tu, kwan sowg pun tau Mandarin..kira ok la jugak..daripada xpham lgsung... =p

ha, yg kami pi sana tu bukan saja2... tapi sebahagian drpda tugasan kumpulan kami.. dpat la jgk pnglman + kenangan walaupun tpaksa bersusah pyah, penat, letih...


#pointnya : setiap kerja yg kita buat tu dgn bersusah payah dan penat x terhingga, semua tu ada hasilnya baiknya.. yang penting kena IKHLAS, nak merungut tu jgn lebih2.. he3.. ckit2 boleh la..  kan,kan,kan kwan2?

Sunday 18 November 2012

somting too share...

Ni ada satu benda nak share2... saja la., xdak qeja nak buat... (padahal, berlambak gila assignment tak siap g..huhuhu.. :'(   )

Ia mengenai teori zarah jirim yg sebenarnya ialah teori kinetik jirim... zarah tu silap tulis sbenaqnya.. buat time pagi2 buta, mcm tu la..sampai silap tulis.. dok mamai g waktu tu..(malu2... ^_^) petang2 baru sedaq, rupa2nya, Saya Dah Buat Silap.. tapi XPA... sya dah betul kan..heheheheh.... ^_^

bukan tu ja, ada lagi...
hat ni pasai struktur atom, ikut model Bohr, Rutherford, & sewaktu dgnnya...
yg ke3 ni plak, citer tntg nombor nukleon, nombor proton, and isotop. boleh la...sikit2 ja.. xbnyak pun..

ni dia ---> Teori Kinetik Jirim

Saturday 17 November 2012

blog esement...

hat ni blog lagi satu... tuk esement..
Cak!


SGM

SGM tu apa??

kalau ada sapa2 nak tau ka,
ada la info sikit pasai SGM kt bwah ni... kalau asa nak tgk, leh la klik link kt bawah ni...
makacih.... ^_^
Standard Guru Malaysia

Thursday 12 July 2012


Assalamualaikum wbt…

Alhamdulillah, hari ni dpat jugak sya online and update blog ni ckit. (mood hepi! Tersengih2… ^_^)
Cuti2 sem ni susah sikit nak online. Kalau online pun, berebut2 plak ngn adik2 comel kt umah. Akhirnya, dpat jugak (guna taktik, =p )!

Sebenarnya, ada la sikit benda yang sy leh share2. Semalam, sya tgok tv. Ha, rancangan tu Wanita Hari Ini (singkatannya à WHI hehehe). Ada la dia citer tentang mandi bunga and daun. Dalam rancangan tu, diselitkan juga dengan laporan yang dibuat tentang mandi bunga and daun ni. Saya teringat 1 part. ni time salah seorang dari responden cakap dia pernah la dengar tentang mandi bunga ni and dia pun pernah cuba. Tapi kalau mandi daun, dia tak pernah dengar. Sebenarnya saya pun tak pernah dengar. Heeeeeheeeheee…  tak pe lah kalau saya tak biasa dengar pun. Kira ok la tu, saya dapat tahu juga kewujudan mandi daun tu.

Mandi bunga dan daun ni ada khasiatnya. Misalnya, dapat memberikan tenaga kepada badan. Seperti yang saya tonton semalam di WHI, bunga dan air ni mempunyai gelombang yang tersendiri. Bunga pun tak leh pakat ambil je, kena tengok jenis dia jugak. Bunga yang bergetah ni tak digunakan dalam mandi bunga. Biasanya, ketujuh2 jenis bunga yang berbeza akan direndam dalam air semalaman. Mungkin untuk bau-bauannya kot. Ha, mandi bunga ni bukan saja untuk perempuan yang nak kahwin saja. Lelaki dan anak dara pun boleh ( Boleh la saya try ni, hakhakhak! ^_^). 

Firman Allah maksudnya : “Dan kamu lihat bumi ini kering, dan apabila telah kami turunkan air ke atasnya hiduplah bumi itu dan suburlah dan menumbuhkan berbagai jenis tumbuh-tumbuhan yang indah”.
(al-Quran, al-Haj :5)

Monday 12 March 2012

~Tak Tahu Nak Letak Tajuk Apa~



Tatkala ku tatap indahnya nukilanMu, 

Hatiku mulai terasa kecil, 

Juga terasa sesuatu yang tak bisa diungkapkan, 

Renungan ku dan juga ketipan bibir, 

Terpegun bersendirian dengan mukjizat Kalamullah...



Setiap helaiannya memberikan makna,

Makna yang tidak terkiranya, 

Yang bisa direnung oleh sepasang mata,

Yang bisa disentuh oleh kelembutan jari,

Memberikan ketenangan kepada penatapnya...



Desiran angin terasa halus menyentuh pipi,

Kicauan burung-burung menyerikan melodi hati ini,

Lambaian hijau di setiap sudut pandangan mata ini, 

Ku bersyukur ke hadratMu Ilahi,

Mengizinkan ku menatap segala keindahan ciptaanMu..

~OriGinaL From Midah_Nia~
Assalamualaikum... Hari ni, midah ada la nk kongsi citer ckit.. kwan2 pun da ada citer tentang kes ni, tapi apa2 pun, midah nak citer gak.!

Ha, minggu lepas, pada hari Ahad bertarikh 11 Mac 2012, group program kmi ada la wat aktiviti..kat satu tempat ni,.. biasa la, nak eratkan tali persahabatan. 


Happy sangat bila dapat join & paling penting dapat enjoy.. kat Sg. Samak ni, sesuai jugak utk main2, tenangkan fikiran, ok la utk sesapa yg nak relax2kan fikiran yang serabut..  ha, kat bawah ni, ada la gambar yang boleh midah share ckit.. ckit je.. ^_^


ni antara ajk2 aktiviti yg terlibat..
hepi je kan, sbb akhirnya, jadi jugak wat aktiviti ni.. =)

ni pulak ada titi gantung.. ke jambatan.. tak tau la nak sebut yg mna 1..

titi ni asyik goyang je bila jalan..
ada la bape orang yg takut ckit.. 

yang agak semak2 kt bwah ni, saja je midah letak.. ni gambar fern yang midah ternampak waktu nak balik tu.. biasa je fern ni, cuma warna daun dia tu, nak hijau kebiruan ckit.. kalau tgok kat gmbar ni, kurang nampak cikit..

dekat fern yang kecil2 cumil tu,
ha, ada hijau kebiruan ckit..
sebagai penghujungnya, saya midah_nia, hepi sgat2 dpat enjoy ngan kawan2 di Sg. Samak tu.. terima kasih kwan2 yang sudi hadir memeriahkan aktiviti, tambah2 lagi kepada my best friends yang selalu di samping sya  ... I lop u all, my friends... (^_^)

Saturday 10 March 2012

Ha, hari ni ada la beli barang2 ckit kat pekan tuh.. kelip2 mata memandang sana sini, tiba2 ha, ternampak sumting ni.. he3... asa mcam nak pi jenguk2 je.. bila dah jenguk tu, mula la rasa nak beli.. ni ha, gambar dia kat bawah...


Yellow Daisy & red carnation yang cumel...

Asalnya, nak beli daisy yg warna pink2 merah yg hampir orange ckit.., bagi owang, yg warna tu comel ckit..tapi apa2 pun daisy ni tetap cumel & carnation, pun sama. skrg ni, nk tgu carnation ni pulak kembang... Heemmm, tak sabar pulak rasanya nak tunggu carnation ni kembang. ^_* ~ eeiii, sukanyaaaa... <3 ~